fbpx

Terlajak Kata, Syarikat Rakaman Santesh Bertemu Peguam

Selain sinonim dengan gelaran terlajak laris, nampaknya baru-baru ini Aliff Syukri telah terlajak kata apabila melepaskan kata-kata kepada seorang wanita dan juga penyanyi Santesh yang berbangsa India – sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen.

BACA: “Kurang Ajar Aliff Syukri Panggil Wanita Itu Hodoh”

“Pihak label tidak berpuas hati dengan perkataan yang dikeluarkan oleh Datuk Aliff Syukri semasa selingan program tersebut. Jadi mereka ada bertemu dan berbincang dengan peguam, tapi saya tak boleh nak cakap lebih sebab ia membabitkan pihak label,” kata penyanyi lagu Amalina ini.

Bagaimanapun menurut Santesh, dia tidak menyimpan dendam berkenaan perkara tersebut dan bersedia untuk bersemuka dengan usahawan kosmetik itu sekiranya keadaan memerlukan ia berbuat demikian.

“Saya tak ada masalah dengan Datuk Aliff sebab saya pun memang dah lama mengikutinya di Instagram dan sudah biasa tengok dia bercakap. Cuma malam itu, saya tak tahu apa niat dia”

“Sejujurnya, masa malam kejadian saya tak dengar apa dia cakap sebab bunyi dari atas pentas tak berapa jelas sehinggalah peminat beritahu di Instagram. Kalau perlu bertemu dengannya selepas ini saya okay sahaja, tak ada masalah,” jelasnya kepada mStar Online.

Sama-sama kita nantikan perkembangan terbaru mengenai Santesh dan juga Aliff Syukri. Harapnya segala perkara berkaitan dapat diselesaikan dengan cara yang baik. (rtky/s)