Prihatin Nasib Penggiat Seni, Rita Rudaini Hulur Bantuan
Terkesan dengan video tular seorang lelaki menjual ‘speaker’ Al-Quran untuk membayar sewa rumahnya, membuka hati pelakon Rita Rudaini untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas.
Berkerjasama dengan beberapa pelakon lain seperti Umie Aida dan Isma Yusoof, Rita memaklumkan dia telah selesai memberikan bantuan fasa pertama kepada hampir lebih 200 individu.
BACA: Fara Hanim Mohon Maaf Pada Rita Rudaini, Lufya Omar
Ujarnya lagi, dia bersama rakan artis lain kini sedang mengumpul maklumat untuk membantu penggiat seni dan kru belakang tabir pula.
“Bantuan yang kami ingin hulurkan ini tidak terhad kepada bangsa Melayu saja, tetapi untuk semua kaum. Jika ada kru atau pelakon bukan Melayu boleh tampilkan diri. Kami yakin mereka juga terjejas sepanjang pandemik ini,” katanya.
Dalam pada itu, Rita berkata sebaik sahaja selesai pemberian bantuan kepada penggiat seni, mereka akan buka semula bantuan kepada orang ramai pula.
“Saya pun bukanlah orang yang senang, masing-masing ada masalah. Tidak dinafikan saya juga terjejas dan kalau nak harapkan wang simpanan lama-lama pun akan habis.
“Namun, apabila memikirkan keadaan orang lain yang lebih susah, saya tak boleh duduk diam. Saya nak cuba bantu apa yang termampu.
“Insya-Allah pasti ada sinar dan jalan keluar untuk sesuatu masalah. Saya juga berpesan supaya melakukan perkara yang boleh buat mereka gembira serta perlu ingat jika mereka fikir sedang hidup dalam kesusahan, orang lain mungkin lebih berganda susah,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
- Beautifulnara
alhamdulillah. semoga istiqamah dalam kebaikan dan diberikan ganjaran terbaik oleh Allah
Rita mmg wanita melayu tercantik
Alhamdullilah…Dari sibuk cerita hal jiran lebih baik saling membantu, tak dapat tolong ramai satu pun jadilah…
Cantik teramat Rita Rudaini. Semoga dapat jodoh lelaki yang baik, menjaga, menerima Rita sekeluarga seadanya dan bahagia sampai syurga.
Kalau abang belum berbini, dah lama abang pinang. Tapi abang tentera laut cabuk ja. Bini abang ja sudi.
Iye ke?
Komen atas ni kenapa? Jangan cemburu dengan janda, silap hari bulan kau yang dijandakan!
Betina muka Indon, gemuk, dan bodoh ja suka dengki dengan orang. Laki tak cukup bagi kasih sayang ka? Tu mai baca gossip