fbpx

Fara Hanim Mohon Maaf Pada Rita Rudaini, Lufya Omar

Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial apabila pengacara Fara Hanim Razak mendakwa dua jirannya yang merupakan dikalangan pelakon dikatakan individu antivaksin.

Pengacara itu memuat naik status tersebut di Twitter memberi gambaran nama artis itu bermula pangkal huruf RR dan LL. Namun, netizen dapat meneka jiran yang dimaksudkan itu adalah Rita Rudaini dan Lufya Lana atau Lufya Omar.

BACA: Dituduh Antivaksin, Rita Rudaini Ajak Farah Hanim Bersemuka

Terbaru, Fara Hanim memohon maaf kepada Rita dan Lufya di atas ketelanjurannya itu. Menerusi perkongsian di Instagram, Fara berkata dia bermuhasabah diri dan menerima setiap teguran yang diberikan.

Selepas bermuhasabah dan merenung segala kekurangan dan kelemahan diri, Anim menerima dengan terbuka teguran-teguran ramai berkenaan isu membabitkan Anim sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FARAHANIMRAZAK (@farahanimrazak)

“Anim sedar apa yang Nabi junjungan besar kita berpesan, ‘Setiap anak Adam melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat. (Riwayat Ibn Majah).

“Atas pesan Nabi kita, InshaAllah Anim menginsafi kelemahan dan akan baiki diri Anim untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FARAHANIMRAZAK (@farahanimrazak)

Dalam entri tersebut, Fara juga memaklumkan dia sudah pun menghubungi kedua-dua selebriti berkenaan untuk memohon maaf. Malah, suaminya juga turut memberi nasihat sebaiknya.

“Anim baru sahaja menghubungi pihak terbabit untuk memohon maaf dan di sini juga Anim ingin memohon maaf secara terbuka.

“Hasrat Anim hanya satu iaitu seluruh rakyat Malaysia bersatu hati menentang ancaman virus Covid-19.

“Sesungguhnya kita belum menang, tapi kita boleh menang bila hati kita bersatu bersama berjuang dengan penuh sabar. Sekali lagi, Anim mohon maaf. Terima kasih semua,” tulisnya.