fbpx

Selebriti sensasi Indonesia yang banyak kali menggegarkan bumi Indonesia dengan stunt yang bukan bukan, Julia Perez ada agenda sendiri untuk berhadapan pasukan Malaysia.

Julia Perez yang menonton perlawanan live dari Stadium Nasional Bukit Jalil, KL berasa marah dengan tindakan penyokong Malaysia yang di’katakan menggunakan laser untuk mengelirukan pemain Indonesia.

Indonesia yang kalah 3-0 kepada Malaysia bakal menjadi tuan rumah untuk pusingan kedua perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2010 ini.

Julia Perez berkata beliau bercadang untuk memakai satu sut lengkap pakaian dalam lengkap dengan laser untuk mengalih perhatian pemain Malaysia di Jakarta nanti. Pew pew!

Sambungan entri bertajuk ‘Presiden Indonesia Akan Failkan Aduan Rasmi Berhubung Kes Laser’ selepas ini. Enjoice!

Presiden Indonesia Akan Failkan Aduan Rasmi Berhubung Kes Laser

Sebelum itu ya pak Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, cuba tonton video di’atas petikan perlawanan Indonesia menetang Filipina pada 16 Disember 2010. Indonesia menang 1-0, Filipina tidak meroyan.

Kisah laser ini sudah sampai ke agensi berita antarabangsa BBC News & laman teknologi popular, Gizmodo juga sudah membuat liputan tentang isu ini. Pew pew!

Di’bawah pula adalah video ketika perlawanan pertama Malaysia menentang Indonesia di’Jakarta & Malaysia kalah 1-5 kepada tuan rumah. Kami tidak meroyan. Lihat pada minit 4:05. Pew pew!

Kalah tetap kalah & terbukti laser bukan penentu segalanya. Jurulatih Indonesia sendiri mengakui gol pertama Malaysia malam tadi adalah punca sebenar kekalahan Indonesia.

Dan, mStar Online tampil dengan kenyataan seorang pakar optometris yang menjelaskan sinaran laser lemah tidak menjejaskan pandangan mata. Ha!