Kami tidak terima apa apa permintaan bantuan kewangan & mungkin juga kami tiada dalam mailing list Joe Saiful yang merupakan pegawai perhubungan awam (PR) untuk Mizz Nina.

Menurut laporan Daily Chilli hari ini, satu e-mail telah di’hantar kepada rakan rakan & pihak media bertarikh 10 Mei 2012 meminta bantuan kewangan kerana menurut e-mail tersebut ‘Joe Saiful’ telah di’rompak di Sepanyol.

Joe Saiful hari ini lantas menafikan beliau ada menghantar e-mail tersebut & mendakwa akaun Gmail beliau telah di’ceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab baru baru ini.

Penceroboh tersebut telah meminta bantuan kewangan sebanyak €2,400 (RM9,530) daripada rakan dan media dan Joe Saiful meminta semua pihak supaya tidak mempercayai apa yang di’tulis dalam e-mail tersebut.

Joe Saiful turut memberitahu yang Mizz Nina ada menghubungi beliau bertanyakan kenapa tidak terus meminta bantuan daripada’nya. Untuk pengetahuan anda, Mizz Nina adalah anak kepada Tan Sri Azman Hashim, pengerusi AmBank Group. Heh.