fbpx

Kita semua baru lihat satu trailer untuk The Amazing Spider-Man Julai lalu & Sony Pictures kini ada perancangan hebat.

The Amazing Spider-Man yang merupakan usaha Sony Pictures untuk mengulangi kejayaan Spider-Man hanya akan berada di’pawagam pada tahun hadapan, 3 Julai 2012.

Bagaimanapun, pihak Sony Pictures yakin filem terbaru superhero Spider-man ini mampu mencipta kejayaan besar & memberi lampu hijau untuk sekuel.

Pihak Sony Pictures memberikan tarikh 2 May 2014 sebagai tarikh tayangan filem ‘The Amazing Spider-Man 2’ yang masih di’tulis oleh James Vanderbilt.

Berkenaan trailer The Amazing Spider-Man, pengkritik mendapati scene dari kacamata Spider-man sendiri tidak begitu mengujakan namun pengarah Mark Webb berkata, jika beliau ingin hasilkan filem dalam 3D, beliau akan hasilkan sesuatu dari perspektif Spider-man sendiri.