fbpx

Positif Covid-19 Tahap Tiga, Aliff Syukri Mohon Maaf Andai Umur Tak Panjang

Menerusi satu perkongsian di Instagram, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan dia dijangkiti virus Covid-19 tahap tiga.

Aliff yang kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital memohon doa orang ramai agar segera sembuh kerana virus tersebut sudah sampai ke bahagian paru-parunya.

BACA: Dah Rancang Percutian Sejak 6 Bulan Lalu, Aliff Syukri Sedih Dikecam

“Doakan saya cepat sembuh kerana saya dijangkiti Covid tahap tiga melibatkan paru-paru saya. Saya telah ditahan di wad hospital untuk rawatan rapi. Doa kalian amat saya hargai,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aliff memohon maaf seandainya pernah menyinggung atau ada perbuatannya sebelum ini mengguris hati sesiapa.

“Kepada semua sahabat atau sesiapa sahaja yang mengenali saya, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak, maaf sekiranya pernah terkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat, termakan sengaja atau pun tidak.

“Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada Allah.

“Rasa lega sudah mohon maaf pada semua, takut-takut umur saya tidak panjang,” tulisnya.

Difahamkan, Aliff baru sahaja pulang daripada percutian di Turki bersama keluarganya baru-baru ini.

Sementara itu, hasil tinjauan di Instagram isteri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida, dia dan anak-anak difahamkan sedang menjalani kuarantin di rumah namun tidak pula dapat dipastikan status kesihatan mereka.