fbpx

Dah Rancang Percutian Sejak 6 Bulan Lalu, Aliff Syukri Sedih Dikecam

Jika anda mengikuti Instagram Datuk Seri Aliff Syukri, pasti ramai tahu usahawan kosmetik itu kini sedang bercuti bersama keluarga ke Istanbul, Turki.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di Instagram, Aliff meluahkan rasa sedih apabila menjadi mangsa kritikan dan kecaman netizen kerana dia pergi bercuti. Kata Aliff lagi, dia sudah merancang percutian tersebut sejak enam bulan lalu.

BACA: Negara Dilanda Musibah, Netizen Minta Aliff Syukri Simpan Dulu Gambar Percutian

“Kenapa saya sering dikecam? Dugaan saya bercuti. Ramai yang tak puas hati dan 1 Malaysia mengutuk saya gara-gara percutian saya di luar negara yang dirancang 6 bulan awal sebelum bencana itu,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia juga turut mengalami kerugian ratusan ribu apabila resort miliknya di Janda Baik turut terjejas akibat banjir.

“Korang tau tak bisnes saya juga terjejas, resort saya rugi ratusan ribu? Saya tak nak share apa yang saya buat, apa yang saya bantu nanti korang cakap riak, menunjuk,” katanya.

Kata Aliff lagi, dia tidak mahu berkongsikan mengenai bantuan yang disalurkan kerana bimbang dituduh riak dan menunjuk-nunjuk.

Tambahnya lagi, dia turut meminta orang ramai mendoakan agar perjalanannya untuk pulang ke Malaysia dipermudahkan dan dapat menyalurkan bantuan kerpada mereka yang terkesan akibat banjir.