fbpx

Positif Covid-19, Intan Ladyana & Suami Dikejarkan Ke Hospital

Pelakon Intan Ladyana yang kini hamil anak sulung dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh malam tadi selepas disahkan positif Covid-19.

Suaminya, penyanyi dan pelakon Harris Alif juga turut dibawa ke hospital yang sama turut disahkan dijangkiti wabak tersebut.

BACA: Malu-Malu Menari, Netizen Teruja Nampak Baby Bump Intan Ladyana

Intan turut dilihat ada memuat naik video di Insta Story sekitar jam 11 malam tadi dilihat berada dalam ambulan menuju ke hospital.

Program hiburan, Melodi menerusi Instagram juga malam tadi turut memuat naik berita tersebut sekaligus mengejutkan ramai peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 Official (@meloditv3)

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan rakan artis dan netizen yang mendoakan agar Intan dan Harris pulih seperi biasa.

Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu. Meskipun sudah beberapa bulan hangat diperkatakan mengenai desas desus Intan sudah berbadan dua, namun masih tiada pengesahan daripada pelakon itu sendiri.