Baru-baru ini, perkongsian video pelakon Dazrin Kamaruddin menjadi perhatian ramai apabila kelihatan pasangan suami isteri Harris Alif dan Intan Ladyana dilihat sedang menari tarian joget tradisional.

Intan dilihat malu-malu ketika menari, namun apa yang lebih menjadi perhatian ramai apabila kelihatan baby bump pada bahagian perut pelakon itu.


BACA: Jurumekap Kongsi Video Intan Ladyana, Netizen Teruja Nampak Baby Bump

Difahamkan video itu dirakam ketika pasangan selebriti itu berkunjung ke kedai menjual karpet milik Dazrin di Shah Alam, Selangor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dazrin Kamarudin (@dazrin88)

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana rata-rata peminat teruja melihat baby bump Intan.


Umum mengetahui, sehingga kini masih tiada pengesahan mahupun pengumuman daripada Intan mengenai dakwaan netizen bahawa pelakon itu kini berbadan dua.

Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Harris Alif pada 4 Februari 2021. Kisah pasangan itu menjadi bualan kerana perbezaan usia 17 tahun.