fbpx

Populariti Gagal Bawa Virus Ke Pentas Akhir MLM 2014

Selepas tamatnya persaingan separuh akhir Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) malam tadi, penyingkiran kumpulan Virus yang dianggotai oleh Zizan Razak, Yus dan Tauke mendapat perhatian ramai lebih lebih selepas tiada peningkatan prestasi saban minggu.

Lima peserta yang bakal bertanding di peringkat akhir adalah Sepahtu, Bocey, Zero, Shiro & Nabil Ahmad yang merupakan satu satunya peserta solo berjaya melayakkan diri.

BACA: Fazura Anggap Tidak Wajar Zizan Razak Menyampuk Di Pentas MLM 2014

Salah seorang juri professional pada malam separuh akhir MLM 2014, Datuk Jalaluddin Haasan berkata yang semua peserta sudah memberikan yang terbaik namun Virus tampil lemah & hambar pada kedua dua persembahan malam itu.

“Kesemua yang mara ke pertandingan akhir adalah layak kerana mereka telah memberikan satu persembahan terbaik dan jelas dapat dilihat kesungguhan mereka. Begitu juga dengan Virus cuma kemunculan mereka hambar dan kali ini bukan rezeki mereka,” katanya.

Pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2014 akan berlangsung pada 6 Februari ini di Stadium Putra Bukit Jalil dan bakal disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna dan Mustika HD. (rtky/m)