“Popular Tapi Kalau Berlakon Macam Tahi Tak Guna Juga”
Penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor berkata setiap pelakon mempunyai zaman-zaman tertentu seperti dirinya yang melakar populariti menerusi media cetak.
Mengulas mengenai ada segelintir penerbit mengambil Instafamous berlakon, Rosyam berkata mereka perlulah berlakon kerana minat dan kejujuran itu sangat penting.
BACA: Netizen Puji Rosyam Nor Sama-Sama Mengaji Dengan Staf
“Zaman saya zaman majalah dan surat khabar. Sekarang ini zaman Internet. Mereka dikenali sebagai sebagai influencer yang popular.
“Namun, mereka datang atas niat nak berlakon kerana minat atau sekadar dikenali untuk kejar benda lain yang nak dibuat? Itulah sebabnya kejujuran itu penting. Untuk bawa watak utama susah sikit kerana mereka tiada pengalaman.
“Mereka popular macamana pun kalau berlakon macam tahi, nanti orang tak suka mereka,” katanya.
Rosyam berkata dia sendiri mendengar kritikan peminat mengenai pemilihan Instafamous sebagai pelakon. Ujarnya sebagai penerbit dia bertanggunghawab memastikan para pelakonnya memberikan yang terbaik.
“Ada segelintir daripada mereka menimbulkan masalah kepada produksi pula di lokasi. Lebih baik kalau mereka minat berlakon, mulalah dari bawah.
“Saya nak jaga nama mereka kerana mereka dah ada populariti. Saya harap dengan kerja mereka akan jadikan mereka lebih popular, dikenali dan tersemat dalam hati,” katanya.
Dalam pada itu, Rosyam berkata dia tidak masalah dengan Instafamous untuk mewarnai industri seni tanah air, namun janganlah berlakon hanya kerana mahu popular.
“Mereka harus siap sedia dan jangan ambil kesempatan berlakon hanya untuk popular. Apabila sampai set tak boleh buat apa yang dikehendaki..
“Namun, itu pernah terjadi zaman saya juga apabila pelakon yang popular di majalah tak boleh berlakon apabila di set. Apapun semuanya rezeki masing-masing,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Haha ramai jek pelakon kayu ko kutip jd pelakon drama ko, x payah sebut nama sorg2 nnt dah jd ngumpat plak. Tp ko sendiri pun mula2 berlakon dulu pun kayu. Bila dah berpengalaman makin improve laa nnt.
Betol ckp dia. Pakai sauk je gay boy pun boleh jd hero muka k pop apooooo?!!!
Betul la ape yg beliau kata. Pelakon baru kene la bermula sbg watak pipih dulu, improve la slowly then baru jadi main actor. Ni dah la kayu. Terus jadi main actor. producer pun pilih bkn ikot bkt. Tapi ikut follower. Sebab tu Malaysia punye industry tak boleh maju.
byk pelakon sampah kayu keras kejong drama sampah nyemak ruang udara sbb?bayor murah kan keh keh
ye btl.. nk2 pelakon yg jadi org ketiga.. cara mngoda tu alahai… ntah la no komen… kayu.. bosan la.. cube tgk fasha n nabilahuda.. kalau jadi org kampung.. org ssh.. btl2 diaorg mnjiwai.. dgn solek kn yg ala kadar.. nmpk cara dioarg blakon tu ikhlas.. bkn pelakon skrg masih nk maintain cntik kalau jadi org ssh ke .. org kg.. tu jarang tgk cite melayu srkg…
hero dulu sggup jdi penggali kubur..skrg kalo..nak pakai tai je korjenyer..dan keta brobus..fire..fire..bla..bla..bla..
kalau hero omputer dulu2, sggup masuk ke lubang tahi kinzir (filem Rambo..Slyerster Staylone))..tpi hero skrg..kejar mgejar di highway atau pun jdi hero nk tembak Taliban di wilayah waziristan kubu kuat Taliban…muka Taliban tu mcm omputer bkn Afganistan pun..
Kenapa nak salahkan instafamous sdgkan produksi yg ambil mrk berlakon. Takkan casting team tu bodoh plak?
Zaman dah berubah pakcik.. semua skrg ni berkenaan followers, sbb yg nk tgk pn org muda
smbil berlakon advertise product skali.
Pakcik pun dlu dah puas jadi hero kn. Cuma pelakon sekarang jadi Instafamous segala medsos femes dulu baru jadi pelakon.
Berani ke nk amek pelakon yg xboleh jual aka sendu di hujung rindu berlakon drama pakcik? mesti tak kn..kang sape pulak nk tgk.
Ujung2 acah2 kecam jela, dia pn amek Instafemes berlakon.hmm
Aku ok je walau sape pun pelakonnya..mmg 1st impression mesti nak cntk/hensem..tp at the end tetap jugak nak dorg tu blh/pandai berlakon
Kalau berlakon statik je, bosan dik..xde beza nada suka, sedih, kecewa..tu belum cerita mimik muka lagi..keras kejung je..menten ayu
Aku x kisah pelakun busuk2 rupa x penting jika sesuai dgn jln cerita.
Yg kacak hensem tu wajib la utk genre romantik sbb nama pun fiction utk escapisme. Jika hero CEO tp x hensem, ketiak hamis, giginkunen dan ketot mmg tak lahhh nak tgk. Heroin pula kalo x gebu gebas, kiut dan menarik pada pndgn mata perempuan (bkn pndgn lelaki tau, sbb yg mnonton ni byknye wanita), mmg idak laaaa aku tunggu dpn tv.
Kalo cerita genre lain ok je hero heroin x penting rupa asalkan boleh berlakun. Terutama cerita hantu. X perlu hero heroin hensem.