fbpx

Politik: Amy Search Sah Sertai UMNO

Bukan sesuatu yang mengejut kerana hujung minggu lalu ketika menjayakan konsert Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya, Amy Search dalam persembahan secara terang menyelit laungan menyokong UMNO dari atas pentas.

Dan, petang tadi termeterai yang Amy Search kini merupakan ahli sah Umno bersama tiga orang lagi rakan seperjuangan iaitu Mus May, Ibnor Riza dan juga Radhi OAG.

“Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara & rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpinnya,” ujar Amy Search.

Kesemua mereka yang hadir menyerahkan borang keahlian di pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini dan di’terima oleh Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.

Saksikan video yang di’rakam oleh UMNO Online berkaitan penyertaan Amy Search & rakan rakan ke dalam Umno.