Pihak polis baru baru ini telah mengesahkan yang seorang wanita yang merupakan seorang kakitangan bank telah di’tahan berkaitan dengan kes kehilangan RM50,000 daripada akaun milik Lisa Surihani.

Kakitangan bank wanita itu dikatakan membatalkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik Lisa Surihani sebelum membuat salinan baru dan melakukan pengeluaran berjumlah RM50,000.

“Saya sangat menghargai kerjasama diberikan polis dan bank sehingga tertangkapnya individu itu dan syukur keadilan yang dimahukan hampir tertunai,” komen Lisa Surihani tentang penahanan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial K. Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).

(via mStar Online)