fbpx

“Bila Masa Saya Menyorok, Muka Cantik Nak Menyorok? Merepek!”

Sudah hampir sebulan diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), bagaimanapun usahawan kosmetik, Sajat dilihat masih aktif di media sosial.

Menerusi video live terbaru di Instagram pagi semalam, Sajat bagaimanapun tidak menunjukkan wajah kepada warganet selain mengatakan dirinya dalam keadaan baik.

BACA: Polis Sudah Tahu Tempat Sajat Sembunyi

Malah, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menjawab beberapa soalan termasuk isu murtad dan dakwaan bersem­bunyi daripada pihak JAIS dan polis.

“Kata kita murtad, suka hati saja (buat tohmahan),” katanya sambil menafikan dirinya keluar Islam.

Dalam pada itu, Sajat menafikan kononnya dia bersembunyi selepas waran tangkap dikeluarkan susulan gagal hadir untuk sebutan semula kes di mahkamah pada 23 Februari lalu.

“Bila masa (saya) menyorok. Muka cantik hendak menyorok? Merepek!,” katanya lagi.

Kata Sajat lagi, pihak berkuasa tidak mencarinya, serta yakin polis mempunyai kes atau urusan lain yang lebih penting berbanding dirinya.

Difahamkan, itu adalah merupakan kemunculan pertama Sajat di Instagram sejak pihak berkuasa berusaha menjejakinya.