Setelah kecoh seketika hari ini mengenai Farid Kamil menyerang polis dan juga orang awam secara tiba-tiba, BH Online melaporkan bahawa pelakon tersebut positif ganja.

BACA: “Beri Kami Ruang Untuk Selesaikan”


Perkara tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.


“Sebaik sahaja polis menahan suspek, ujian air kencing dijalankan bagi mengesan sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah. Hasil ujian terbabit mendapati dia positif dadah jenis ganja,” katanya kepada portal berita tersebut.

Selain itu, Mohd Zani turut menjelaskan berikutan kejadian itu, Farid kini disiasat kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis mengikut Seksyen 90 Akta Polis serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.



Sementara itu, Farid akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok, bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut. (rtky/s)