fbpx

Polis Malaysia Disaran Guna Facebook Selesaikan Jenayah

Ah. Kami yakin benar sebelum saranan ini di’buat sekalipun, ramai sudah petugas Balai Polis menggunakan Facebook.

Tetapi bukan untuk tujuan selesaikan jenayah, lebih kepada bersosial kerana Balai Polis boleh jadi tempat paling bosan kalau tiada kerja.

Ketua Makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Abdul Aziz Md Noor, hari ini menyarankan polis menggunakan Facebook sebagai salah satu usaha membanteras jenayah.

Beliau berkata jika gambar penjenayah yang di’kehendaki di’paparkan melalui Facebook, kemungkinan maklumat orang ramai akan lebih cepat sampai.

Penggunaan Facebook secara optimum oleh pihak polis juga dapat merapatkan hubungan pihak berkuasa dengan masyarakat.

Tidak lama lagi, kita akan lihat PDRM akan ada profile Facebook sendiri & update apa yang berlaku di’Balai Polis seluruh Malaysia setiap masa. Menarik!