fbpx

Polis Kenal Pasti Individu Curi Duit Lisa Surihani

Satu perkembangan positif berkaitan kes kecurian duit milik Lisa Surihani — pihak polis sudah mengenalpasti individu yang di’syaki terlibat dengan penipuan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani berkata yang pihak polis kini sudah dapat mengecam individu yang menukar kad ATM tanpa pengetahuan aktress tersebut & melakukan pengeluaran wnag tunai.

Namun, tiada maklumat yang menyatakan sama ada individu ini adalah orang terdekat dengan diri Lisa Surihani atau mereka yang sering bekerja dengan dirinya dalam industri hiburan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan pihak polis mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” tambah Izany Abdul Ghani lagi.

Hujung minggu lalu, Lisa Surihani & ibunya Siti Amira Ahmad telah membuat laporan polis apabila menyedari yang sejumlah RM50,000 telah lesap daripada akaun dan pihak bank menyatakan ada individu menukar kad ATM tanpa pengetahuan mereka.