fbpx

Pitbull Sahkan Kunjungan Ke Malaysia, Konsert Di Sunway Lagoon

September lalu, Pitbull ada di’khabarkan bakal di’bawa masuk untuk menjayakan konsert Suara Kami 2011 namun Nelly yang datang menjelma.

Berita baik kepada peminat yang suka goyang kepala bersama lagu lagu Pitbull, bintang antarabangsa ini bakal turun ke Malaysia sekali lagi.

Sekitar May 2010, Pitbull ada muncul membuat persembahan dan penampilan beliau mendapat bantahan dari segelintir rakyat Malaysia — 300 berkumpul di Kuala Lumpur sebagai bantahan.

Namun konsert masih di’teruskan dan persembahan Pitbull di’sambut baik. Kali ini, penganjur konsert bawakan Pitbull sekali lagi untuk konsert solo pertama beliau di Malaysia.

Pitbull Live in Concert akan berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 1 Disember 2011 bermula jam 7 malam sehingga anda masih larat goyang kepala bersama penyanyi ini.

Bukan sesuatu yang mengejutkan, Mizz Nina akan menjadi artis pembuka konsert Pitbull kali ini dan anda yang berminat boleh mula membeli tiket mulai sekarang di cawangan Rock Corner, tiket bermula RM138.