fbpx

Perkongsian Insta Story isteri pertama kepada usahawan Datuk Seri Adnan Abu iaitu Syarifah Nor Shafila atau Datin Red menjadi perhatian apabila  memuat naik hantaran seolah luahan rasa.

Menerusi entri itu, Datin Red seolah kesal dengan tindakan seseorang individu yang tak menghargai jasanya selepas meminjamkan duit dan sampai menjual tanah untuk membantu.

BACA: Datuk Red Dah 5 Tahun Tiada Kerja, Selama Ini Ditanggung Adira

Malah, Datin Red berkongsikan anak-anaknya juga turut trauma diatas apa yang berlaku serta mengatakan Allah ada bersamanya.

Terdahulu, Datuk Red mendedahkan dia diisytiharkan muflis sejak 2019. Malah, dia terpaksa menanggung hutang sehingga RM7 juta.

Datuk Red berkata sepanjang lima tahun ini dia sudah melakukan pelbagai usaha untuk mencari kerja tetap namun tidak membuahkan hasil.