fbpx

Datuk Red Dah 5 Tahun Tiada Kerja, Selama Ini Ditanggung Adira

Usahawan Datuk Seri Adnan Abu yang juga suami kepada penyanyi Adira Suhaimi berkata dia nekad untuk mencari pekerjaan baru demi menampung kehidupannya dan keluarga selepas lima tahun tiada pendapatan tetap.

Memetik mStar Online, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red berkata dia tiada pekerjaan dan terpaksa menumpang belas ihsan Adira selepas diisytiharkan bankrap pada tahun 2019.

BACA: Datuk Red Datang Mahkamah Hanya Naik Kapcai

Sebelum ini, Datuk Red dilihat memuat naik video di akaun TikTok memberitahu dia dalam usaha mencari pekerjaan dan meminta bantuan mana-mana pihak yang sudi membantu.

“Macam inilah kehidupan, betul saya sedang mencari kerja. Saya sebenarnya sudah diisytiharkan bankrap sejak 2019. Selagi tak usaha selagi itulah tak tahu.

“Perkongsian cari kerja di TikTok itu saya beranikan diri saja. Malu belakang kira. Saya tak boleh tinggal diam biarkan orang rumah tanggung saya. Saya tak kisah kerja apa janji halal,” katanya.

Dalam pada itu,  Datuk Red berkata sepanjang lima tahun ini dia sudah melakukan pelbagai usaha untuk mencari kerja tetap namun tidak membuahkan hasil.

“Saya ni terlalu banyak hutang…sampai berjuta-juta. Ada yang c adangkan suruh saya jadi pemandu e-hailing tapi itu sekadar melepaskan tengkuk saya saja.

“Saya pun ada tanya kawan-kawan saya untuk jadi ejen-ejen baju Melayu tapi mereka tak balas mesej saya. Nyawa saya pun dah tak lama, takkan saya nak mati dengan hutang,” katanya.

Sementara itu, Datuk Red berkata dia pernah terfikir menamatkan hidupnya namun bersyukur masih memikirkan tentang anak-anak serta agama.

Tambahnya lagi, dia turut meluahkan rasa syukur Adira banyak membantu dalam rumah tangga serta berharap orang ramai tidak menyalahkan isteri-isterinya.

“Selama ini Adira yang banyak tolong saya. Saya harap kisah saya ini orang tak kaitkan dengan dia. Dia pun manusia biasa ada keinginan, sudah lima tahun dia (Adira) tanggung biawak hidup,” katanya.

SUMBER: mStar Online