Nampaknya sambutan peminat dunia hiburan terhadap filem Pilot Cafe terus hangat walaupun kebelakangan ini semakin kurang yang berjaya mendapat tempat di hati peminat. Walaupun baru sahaja dimulakan tayangan minggu lalu, filem arahan Osman Ali ini mencatat kejayaan tersendiri.

Bersaing dengan filem blockbuster Hollywood, The Avengers yang memasuki pawagam tempatan seminggu lebih awal, Pilot Cafe nyata mempunyai kekuatan tersendiri untuk menarik penonton ke pawagam apabila berjaya meraih kutipan tiket lebih RM1.1 juta selepas enam hari tayangan.

“Pilot Cafe kini sedang bersaing dengan filem Hollywood iaitu The Avengers tetapi sambutan yang diberikan amat menggalakan dan menunjukkan filem melayu masih kekal utuh di hati peminat”

“Insha-Allah untuk minggu kedua dan minggu seterusnya, kutipan Pilot Cafe akan terus bertambah dan meningkat sehingga mencecah RM2 juta, mudah-mudahan ia tercapai,” kata Osman Ali kepada portal Murai hari ini.

Beliau juga berharap kepada penonton yang masih berpeluang untuk menonton sendiri filem Pilot Cafe untuk ke pawagam berhampiran memberikan sokongan. Dengar cerita memang boleh mengalir air mata dari awal sehingga habis filem. Jom! (rtky/m)