fbpx

Pilot Cafe: Aaron Aziz Pula Merajuk Kerana Tiada Bonus Ombak Rindu?

Pilot Cafe: Aaron Aziz Pula Merajuk Kerana Tiada Bonus Ombak Rindu?Kami sebenarnya mula merasakan yang kisah merajuk mereka yang terlibat dengan filem Pilot Cafe akan datang ini seakan salah satu kaedah pemasaran viral tetapi ya, kita layan.

Jika sebelum ini, pengarah Osman Ali di’katakan telah menolak untuk mengarahkan filem terbaru itu kerana tidak berpuashati dengan janji produksi yang sama untuk Ombak Rindu.

Walaupun berjaya mengutip lebih RM8 juta, Tarantella Pictures masih belum melunaskan janji mereka untuk memberikan bonus kepada semua yang terlibat dalam filem tersebut.

Osman Ali mengakui yang beliau & yang terlibat dalam Ombak Rindu masih belum menerima sebarang bonus tetapi tidak’lah sampai enggan terus bekerjasama dengan produksi itu.

Terbaru, Aaron Aziz yang di’sebut sebut sebagai bakal teraju utama filem Pilot Cafe ini turut bermain tarik tali dengan pihak produksi & semuanya masih kerana bonus Ombak Rindu.

Walaupun senarai penuh pelakon masih belum di’umumkan, Neelofa dalam beberapa temubual mengesahkan yang beliau terlibat dalam filem Pilot Cafe arahan Osman Ali ini.

Siapalah kami untuk menasihat tetapi jika Aaron Aziz enggan terlibat dengan filem Pilot Cafe kerana isu bonus, ini satu peluang untuk Tarantella Pictures mengambil pelakon lain untuk di’ketengahkan. Bukan kami kata peminat sudah bosan, tetapi yang baru itu selalu lebih baik.