Pengarah & pelakon Pierre Andre menjelaskan yang dia tidak mempunyai masalah dengan David Teo. Khabar angin mengatakan sudah lama Pierre tidak muncul di pejabat MIG dan ini timbulkan spekulasi yang negatif terhadap pengarah filem terbaru Cerita Hantu Malaysia.

“Saya macam biskut lama tak ada dan selepas itu akan muncul semula. Saya tidak ada masalah dengan David dan tidak bergaduh dengan sesiapa pun. Saya ada sahaja bersama keluarga, dan mereka semua boleh cari saya di mana-mana, lagipun saya tinggal bersama emak saya,” ujarnya yang ditemui selepas majlis tayangan filem Cerita Hantu Malaysia kelmarin.


Filem Cerita Hantu Malaysia yang diarahkan Pierre Andre telah ditayangkan di seluruh pawagam tanah air sejak 25 Disember lalu. (rtky/hfz)