Program Dewi Remaja sememangnya sentiasa dinantikan setiap tahun, baru-baru ini finalis peserta Dewi Remaja bagi tahun 2022 telah pun didedahkan kepada umum.

Seramai 16 gadis jelita berjaya untuk menyertai program popular berkenaan dan merealisasikan impian mereka.


BACA: Micheal Ang Kritik Fesyen Pelik Peserta Dewi Remaja

Wajah 16 gadis jelita itu turut dikongsikan di Facebook Remaja. Di ruangan komen rata-rata netizen mempunyai pandangan tersendiri, namun hampir kesemuanya dikritik.

Paling menjadi perhatian, ada netizen memberikan komen mempersoalkan mengapa semua peserta tidak cantik.


Bagaimanapun, ada yang mengatakan semua peserta cantik belaka namun disebabkan solekan yang berat membuatkan mereka kelihatan tua daripada usia.

Pertandingan Dewi Remaja telah melahirkan ramai bakat-bakat hebat selebriti tanah air seperti Aleeza Kasim, Juliana Banos, Scha Alyahya, Neelofa, Anzalna, Izara Aishah, Raysha Rizrose, Shaza Bae dan Anna Jobling.