Lantang dalam memberikan pendapat tentang sesuatu perkara, nampaknya baru-baru ini pengarah popular Michael Ang mengkritik fesyen yang digayakan oleh peserta Dewi Remaja 2019 yang kini sedang ditayangkan di televisyen.
Menerusi status di Twitter, jurugaya program tersebut turut menerima komen pedas Michael susulan fesyen digayakan oleh salah seorang peserta yang dilihat tidak sesuai dan mengarut.
BACA: Mimpi Kaabah Buka Hati Michael Ang Peluk Islam
Bukan itu saja, jurugambar untuk program tersebut turut dikritik kerana tidak pandai mencari sudut gambar yang sesuai sehinggakan sekumpulan orang turut dirakam di dalam foto seolah tidak profesional.
Serious la stylist dewi remaja ni stylist keluar dari sekolah mana ni??? And photography dia org pun mcm apoooo. Nampak tak siap ada penonton kat bawah tu! Photographer juling ke? Concept dah la sebijik top model kalau dah nak ikut sama make sure quality pun sama. Sedih! pic.twitter.com/G5TKJmBA1h
— Michael Ang (@MichaelAng38) November 17, 2019
Kata Michael lagi, rancangan itu mempunyai konsep sama seperti program antarabangsa popular, jadi perlu pastikan ianya mempunyai kualiti yang sama.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana rata-rata mereka bersetuju dengan pendapat Michael. Malah netizen turut menyifatkan pakaian peserta Dewi Remaja tiada tarikan dan seperti baru balik dari memancing.
Dalam pada itu, ada netizen mengatakan kononnya mahu meniru seperti satu program popular iaitu ‘Asia Next Top Model’ tapi lain pula hasilnya.