fbpx

Pesanan Isteri Sempena Hari Lahir Ke 43 Tauke

Pernah mengalami pergolakkan rumah tangga sebelum ini, isteri pelawak, Tauke Jambu, Nadia berharap suaminya lebih matang dan tidak lagi berkelakuan nakal sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 43 tahun.

BACA: Isteri Tauke Jambu Akui Salah Bagi Kenyataan

Menerusi Instagram, Nadia berkongsikan gambar mereka sekeluarga, gembira meluangkan masa bersama anaknya. Perkongsian itu turut disertakan dengan ucapan sinis menggambarkan apa yang berlaku sebelum ini.

“Happy birthday to my beloved husband. May God bless you. Semoga sihat selalu dipanjangkn umur dan dimurahkan lagi rezeki. Amin. Dah 43 tahun ya so don’t be noty-noty,” tulisnya di Instagram.

Rata-rata peminat tumpang gembira melihat pasangan itu masih kekal bersama sebagai suami isteri selepas pergolakkan rumah tangga mereka sebelum ini. Ramai juga memberikan ucapan dan menitip doa buat mereka.

Terdahulu Nadia pernah mendakwa diceraikan oleh Tauke melalui aplikasi Whatsapp kerana tuduhan curang. Namun Tauke menafikan dakwaan terbabit dan mengatakan isterinya tidak matang. (rtky/w)