fbpx

Isteri Tauke Jambu Akui Salah Bagi Kenyataan

Isteri kepada Tauke Jambu, Nadia Mohd. Affandi mengakui hari ini yang beliau terlalu mengikut perasaan marah ketika memberi kenyataan kepada pihak media baru baru ini sehingga mendakwa suaminya sudah menjatuhkan talak.

Nadia Mohd. Affandi sebelum ini mengatakan yang Tauke Jambu mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain selain berkata sudah diceraikan melalui pesanan suara di Whatsapp.

BACA: Tauke Jambu Nafi Cerai, Dakwa Isteri Tak Matang

Dalam kenyataan terbaru melalui Instagram, Nadia mengakui yang kenyataan sebelum ini tidak benar dan mahu semua pihak untuk berhenti mengecam suaminya atas kesalahan yang tidak wujud.

“Here I want to say sorry to Tauke Jambu. Yes betul I yang salah dalam semua hal. Dia tak salah apa yang dia katakan tu semua betul. Statement I yang silap sebelum ni gara-gara terlalu ikutkan hati baran semua”

“So U guys stop kecam dia k. Dia tak salah. Once again im so sorry to Tauke Jambu,” tulis Nadia. (rtky/m)