fbpx

Pertarungan Epik ‘300: Rise of an Empire’ Khamis Ini!

Filem epik 300: Rise of an Empire bakal menemui kita semua penonton di Malaysia bermula 6 Mac 2014 ini dan untuk memberikan lebih gambaran tentang aksi yang bakal disajikan, Warner Bros. hidangkan kita terlebih dahulu dengan enam klip filem terbaru.

Sullivan Stapleton dan Eva Green merupakan tunjang utama untuk filem sekuel kepada 300 yang menampilkan Gerard Butler. Mengambil susur masa yang sama dengan filem pertama, penonton bakal dibawa untuk menyaksikan pertarungan epik di Aegean Sea di mana Artemisia (lakonan Eva Green) mengepalai tentera laut Parsi (Persian Navy) menentang kaum Greek yang diketuai Themystokles (lakonan Sullivan Stapleton).

300: RISE OF AN EMPIRE

Rodrigo Santoro dalam filem ini sekali lagi membawa watak God King, namun kali ini kita semua akan tahu asal usul beliau terima kasih kepada Artemisia.

Filem ini juga membariskan watak sokongan yang kuat termasuklah Lena Headey (Game of Thrones), David Wenham (The Lord of the Rings), Hans Matheson (Clash of the Titans) dan juga bintang yang semakin menyinar Jack O’Connell.

Sekali lagi, 300: Rise of an Empire akan ke pawagam seluruh negara bermula 6 Mac 2014 (Khamis) ini dan ianya akan menampilkan elemen filem termasuk gaya pertarungan yang sama dengan filem pertama. Saksikan preview menerusi video video di bawah.

http://www.youtube.com/watch?v=Lka9oUgbrM8

http://www.youtube.com/watch?v=ISBn0VKHjqI

http://www.youtube.com/watch?v=4KlC7qsK5ew

http://www.youtube.com/watch?v=ZkYMsVKcC4w

http://www.youtube.com/watch?v=PzPjY1lhhUA

http://www.youtube.com/watch?v=ZISxv9RVH3A