fbpx

Pertama Kali Nyanyi Lagu Kesetiaan, Netizen Sebak Dengar Nyanyian Shuib

Baru-baru ini, lagu Kesetiaan nyanyian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin kembali hangat diperkatakan selepas salah seorang peserta Big Stage menyanyikan lagu tersebut pada konsert Ahad lalu.

Malah, juri program tersebut iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Ajai dilihat tidak dapat menahan sebak kerana terkenangkan arwah.

BACA: Peminat Doakan Wan Sharmila & Shuib Berjodohan

Sementara itu, menerusi IG Live baru-baru ini, Shuib Sepahtu membawakan lagu isterinya itu selepas diminta oleh itu.

Menurut Shuib, ini merupakan pertama kali dia membawakan lagu tersebut. Video berkenaan dikongsikan semula oleh seorang pengguna TikTok.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daipada netizen yang mengakui sebak mendengar nyanyian Shuib itu. Malah, netizen mengakui Shuib seorang yang sangat kuat.

Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan mereka mendengar suara Shuib bergetar seolah sedang menahan sebak.

SUMBER: TikTok itsmemyjaaa