“Pertama Kali Mengaji Dengan Suami, Hati Berbunga-Bunga”
Umum mengetahui, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pelakon Mawar Rashid mengisi masa lapang dengan aktiviti mengaji di IG Live.
Menerusi Insta Story, netizen bertanyakan bagaimana Mawar mendapat semangat untuk mengaji. Mawar membalas semangat tersebut dirasainya apabila mula mengaji bersama suaminya, Raf Yaakob.
BACA: Setia & Penyayang, Mawar Rashid Syukur Bersuamikan Raf Yaakob
“Kali pertama mengaji dengan suami, hati rasa sangat teruja dan berbunga-bunga. Sudah lama berangan untuk mengaji bersama dengan suami, alhamdulillah dapat dan seronok sangat. Kami juga mencuba yang terbaik untuk kekal mengaji setiap hari,” tulisnya.
Dalam pada itu, Mawar meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang sentiasa mengingatkannya untuk beribadah serta mendoakan Raf ditempatkan di Syurga.
“Terima kasih suami kerana mengajak dan berpesan untuk mengaji dan kejutkan bagi menunaikan solat Subuh. Semoga awak ditempatkan dalam syurga,” tulisnya.
Terdahalu, Mawar terharu apabila penyanyi Ai Wahida menjadikan dirinya sebagai inspirasi untuk belajar mengaji semula.
- SUMBER
- Kosmo!
gile sebelum ni ko x penah mengaji skali ke? hahahaa drama je lebih ko jik
Kesian… bertahun kawin tak pernah mengaji dgn husband ek lolz
Kesian… bertahun kawin tak pernah mengaji dgn husband ek lolz
Bukan ke patut kerana Allah?
skrg2 nya dia mengaji,
Syg2 semua, mungkin korang dari latar belakang yg sgt kuat amalan agamanya, solat jemaah sekeluarga, mengaji sekeluarga, buat kerja sama2, menampung belanja isi rumah sama2, berakhlak mulia, xde mengumpat, xde hisap rokok, x ambik dadah…tapi terrrrlampau byk keluarga lain yg pincang. Pegi je bergaul dgn melayu damansara height, mont kiara, bangsar. Br tahu. So, this woman buat adalah langkah kecil tp hebat dah di mata org2 islam (hanya sekadar di IC) lain. Jgn la lekehkan atau pandang rendah
Excuse me. Kau ingat kami yg dok damansara heights ni semua jahil ke.
its a good deed. org jgn kecam. mek jgn overexpose takut riak. settle