fbpx

Sekian lama menanti, pelakon Yatt Hamzah akhirnya menimang cahaya mata lelaki pertama yang merupakan anak keenamnya pada Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian terbaru, Yatt meluahkan rasa syukur apabila dapat mendakap anak lelakinya dan perasaannya sungguh luar biasa serta cukup indah.

BACA: Tiga Hari Dalam Wad, Yatt Hamzah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Berkongsikan pengalamannya, Yatt berkata dia hampir dibedah namun meluahkan rasa syukur dapat melahirkan anaknya secara normal walaupun terpaksa menahan sakit selama 8 jam.

Kata Yatt lagi, dia meneran terlalu kuat sehingga pembuluh darah pecah di bawah kulit muka, mata dan seluruh badan. Ujarnya, menerusi foto dikongsikan jelas kelihatan mukanya dipenuhi bintik merah.

Dalam pada itu, Yatt berkata kelahiran anak keenamnya itu adalah zuriat penutup dan bersyukur dikurniakan bayi lelaki selepas mempunyai empat anak perempuan. Katanya lagi, ramai yang bertanyakan tips mendapatkan anak lelaki, namun Yatt berkata dia tidak mengamalkan apa-apa.

“Alhamdulillah, inilah Si Bongsu Anakanda Putera yg ditunggu2 sekian lama.. Satu2nya Putera Bonda selepas kakak2nya 4 Puteri, barulah dia muncul. Kelahiran yg dinanti2kan bukan sahaja kami keluarganya tapi sahabat2 dan followers Bonda.

“Sungguh tak sangka zuriat penutup ini (in shaa Allah), kami dapat seorang Putera. Sampai ramai sangat yang WhatsApp dan DM bertanya, apa tips nak dapat anak lelaki!?

“Di sini Bonda jawab pertanyaan semua. Wallahi Bonda tiada apa2 tips dan tidak mengamalkan apa2 melainkan menyerahkan segala pergantungan hanya pada Allah,” tulisnya.

Yatt dan suami, Zulfadhli Khiruddin mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha kini berusia setahun.

Yatt turut mempunyai seorang anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor.