fbpx

Tiga Hari Dalam Wad, Yatt Hamzah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Tahniah diucapkan kepada pelakon Yatt Hamzah yang selamat melahirkan cahaya mata keenamnya, bayi lelaki pada Sabtu lalu kira-kira jam 11.15 malam.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Yatt menerusi Instagram miliknya malam tadi. Menerusi entri itu, Yatt turut meluahkan rasa syukur dapat bersalin secara normal.

BACA: Yatt Hamzah Hamil Kali Keenam Di Usia 40 Tahun

“Jam 11 malam semalam hampir-hampis masuk ke OT untuk dibedah (caesarean), dengan kuasa YANG MAHA BESAR, pada saat-saat akhir, dapat juga melahirkan secara normal genap jam 11.16 malam, 3 July 2021 (Sabtu), setelah hampir 3 hari di wad. Pengalaman yang LUAR BIASA.. HEBATNYA KUASA DOA.. ALLAHUAKBAR!,” tulisnya.

Dalam pada itu, Yatt turut bersyukur apabila dikurniakan anak lelaki pertama serta berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan diri dan anaknya.

“Alhamdulillah Bonda ini telah selamat melahirkan anak ke 6 (1 di Syurga), inilah anak LELAKI PERTAMA Bonda.. satu-satunya anak LELAKI.

“Terima kasih semua keluarga, sahabat2 dan followers Bonda yg baik hati telah mendoakan keselamatan baby dan Bonda. Allah sahaja yang tahu betapa bersyukur dan leganya hati ini,” tulisnya.

Yatt dan suami, Zulfadhli Khiruddin mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha kini berusia setahun.

Yatt turut mempunyai seorang anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor.