fbpx

Pertama Kali Bawa Kereta, Chef Wan Hampir Terbabas

Jarang-jarang kita dapat lihat selebriti chef ini melakukan perkara yang tidak melibatkan senduk dan sudip serta bahan-bahan masakan. Baru-baru ini, stesen radio LiteFM melalui slot LiteFM’s First Time telah memberi cabaran kepada Chef Wan untuk bawa kereta manual.

BACA: Ahli Keluarga Mahu Saman Chef Wan

Menurut Chef Wan, dia sudah biasa menggunakan khidmat pemandu dan dalam masa yang sama perkara tersebut membuatkan dirinya tidak memandu kenderaan sendiri. Menerusi perkongsian video itu juga, Chef Wan mengambil masa lebih satu jam untuk belajar parking kereta.

Selain terhibur melihat Chef Wan bagaikan baru mula belajar memandu, apa yang lebih mendebarkan, setelah belajar dengan waktu yang agak singkat, kereta yang dibawa oleh chef ini juga hampir terbabas. Mungkin selepas ini Chef Wan boleh menjemput mereka di dapur pula untuk menguji kepakaran berbanding dengan chef ini.

Saksikan video untuk melihat sendiri bagaimana Chef Wan begitu bersusah payah untuk membawa kereta manual. Apa pun tahniah kepada Chef Wan kerana berani mencuba. (rtky/s)