fbpx

Ayda Jebat Dedah Suami Masih Simpan Cincin Tunang Bekas Kekasih

Hampir enam bulan melayari bahtera rumah tangga, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir tidak lokek berkongsikan momen bahagia mereka dan tidak lama lagi bakal menimang cahaya mata pertama.

Baru-baru ini, menerusi Insta Story Ayda dilihat ada membuka ruangan pertanyaan buat pengikutnya untuk bertanyakan mengenai suaminya.

BACA: Netizen Muak Lihat Wajah Ayda Jebat Di Iklan

Ada pengikutnya bertanyakan adakah suaminya seorang yang kuat cemburu memandangkan Ayda sering terpalit dengan kontroversi cinta lokasi. Bagaimanapun, Ayda berkata Nabil bukan seorang yang cemburu.

Namun, lebih menjadi perhatian apabila ada yang bertanyakan soalan berkaitan bekas kekasih Nabil, adakah mereka pernah putus tunang.

Ayda menjawab suaminya tidak pernah putus tunang kerana tidak sempat untuk bertunang. Lebih mengejutkan Ayda meminta suaminya menyimpan cincin tunang berkenaan sebagai tanda kenangan.

Sporting betul Ayda Jebat bocorkan kisah lama suami. Apa pun semoga proses kehamilan cahaya mata pertama dipermudahkan dan rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat.