Kemunculan Sufian Suhaimi sebagai salah seorang finalist Anugerah Juara Lagu ke 33 (AJL 33) pada malam ini nampaknya tidak sia sia apabila persembahan beliau di pentas berprestij itu berjaya mencuri tumpuan ramai.

Sufian Suhaimi hadir mendendangkan lagu popular beliau Di Matamu dan persembahan yang ringkas tetapi penuh bermakna itu kini menjadi perbualan ramai di media sosial.



Rata rata peminat beliau memuji persembahan penyanyi itu yang berjaya menyampaikan emosi sebenar lagu tersebut selain mengandungi mesej tersendiri yang mendalam, seperti yang disuarakan Dato’ Siti Nurhaliza sendiri.



Tidak kurang ada juga mendoakan yang Sufian Suhaimi membawa pulang kemenangan pada AJL 33 malam ini. Ada juga yang berkata pelamin pada persembahan Sufian Suhaimi ini mirip sebuah pelamin artis popular baru baru ini.

Apa pandangan anda tentang persembahan Sufian Suhaimi malam ini? Ada potensi untuk menang anugerah utama atau sekurang kurangnya persembahan terbaik AJL 33? (rtky/m)