fbpx

Perpustakaan Negara Wujudkan Sudut Michelle Yeoh. Awesome, or Not?

Kami tahu Obefiend seorang ulat buku dan sudah membaca ratusan buku sepanjang beliau hidup & semuanay di’terjemahkan kedalam entri beliau yang berilmu tetapi kadang-kadang mengarut.

Ini mungkin satu berita baik buat beliau untuk meneroka bahagian lain Michelle Yeoh — bahagian intelektual pastinya.

Perpustakaan Negara hari ini mengesahkan yang mereka sudah menyediakan satu sudut bacaan khas untuk pembaca mendalami minat membaca yang ada dalam diri Michelle Yeoh.

Idea ini datang dari pemikiran bernas Michelle Yeoh sendiri & beliau secara sukarela akan menyumbangkan sebahagian koleksi bukunya untuk sudut khas itu.

Michelle Yeoh di’lantik sebagai Ikon Membaca 1Malaysia yang dilancarkan tahun lepas dengan angkasawan negara Datuk Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dilantik sebagai ikon pertama.

Jadi, peminat kung-fu atau peminat Michelle Yeoh khasnya, anda ada sebab kukuh untuk ke Perpustakaan Negara selepas ini.

Mungkin mereka boleh letakkan patung lilin Michelle Yeoh (kalau ada & tidak mengarut) sebagai tarikan. Mungkin.