Bukan mudah bergelar ibu tunggal kerana dialah ibu dan dia jugalah bapa. Namun, Rita Rudaini meluahkan rasa syukur kerana anak sulungnya sudah mampu menjadi imam solat sunat Aidilfitri di rumah pada Syawal lalu.

Menurut Rita, dia bukanlah seorang ibu yang sempurna dan mengakui pernah leka di usia remaja namun tetap akan sentiasa memastikan anak-anaknya tidak leka dengan kehidupan dunia. Rita juga mahu anak-anaknya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.


BACA: Rita Rudaini Syukur Anak Baru 11 Tahun Mampu Jadi Imam

View this post on Instagram

Tq Bipop ? . . . Bukan ibu yg sempurna…sy pernah remaja…sy pernah leka..semuanya sy ceritakan pd anak2 supaya jd panduan utk mereka….sy asuh mereka dr kecik sbb sy nak mereka jd lebih baik dr sy…sy tegas kerana sy xnak mereka rasa rugi di hari tua andai umur panjang….sy xguna kan kedudukan sy sbgai ibu…tp sy mengajar mereka hormat sesama manusia…xsemestinya ibu tidak pernah buat silap kerana ibu jugak manusia biasa…sape ada buat salah kena mintak maaf dr hati…termasuk lah sy..klau sy ada silap sy akan mintak maaf dgn mereka…kerana sy lah cermin utk mereka…sy xnak ank sy leka dgn dunia….biar AlQuran jd panduan hidup mereka supaya menerangi perjalanan n dipermudahkan…pengalaman dan kesilapan adalah pelajaran utk kehidupan kita yg ke depan…baik buruk sy dah lalui…smua tu sy bekalkan pd mereka utk di jdkan sempadan…supaya mereka cpt matang dn boleh bezakn baik dan tidak…perjalanan sy masih panjang utk mendidik dua lelaki ini menjadi org yg di segani kerana akhlaknya…doa kn sy dan sy jugak mendoakan kita smua di temani anak2 yg soleh n solehah hingga hujung nyawa….??

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

Rita berkata dia mahu anak-anak menjadi insan lebih baik daripada dirinya. Ujarnya, dia bersikap tegas dengan anak-anak kerana tidak mahu mereka menyesal atau rugi apabila sudah tua. Kata Rita lagi, sebagai ibu dia juga pernah melakukan kesilapan dan akan meminta maaf pada anak-anaknya.

“Saya tak nak anak saya leka dengan dunia biar Al-Quran jadi panduan hidup mereka supaya menerangi perjalanan dan dipermudahkan.


.”Tak semestinya ibu tidak pernah buat silap kerana ibu juga manusia biasa. Siapa ada buat salah kena mintak maaf dari hati termasuklah saya. Kalau saya ada silap saya akan mintak maaf dengan mereka kerana saya adalah cermin untuk mereka,” tulisnya.

Dalam pada itu, Rita turut menegaskan bahawa dia sendiri banyak belajar daripada pengalaman serta kesilapan lampau malah berharap anak-anaknya tidak melakukan perkara yang sama.

“Pengalaman dan kesilapan adalah pelajaran untuk kehidupan kita yang ke depan. Baik buruk saya dah lalui, semua itu saya bekalkan pada mereka untuk di jadikan sempadan supaya mereka cepat matang dan boleh bezakan baik dan tidak,” katanya.

Rita mendirikan rumah tangga dengan pemain JDT, Aidil Zafuan pada tahun 2008 kemudian bercerai pada September 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Aarit Rayyan Rizqin, 11 dan Airit Qaqa Arjuna, 9.