fbpx

Pernah Dikecam Lebih Teruk, Haqiem Rusli Dah Tak Kisah

Sekali lagi mencetuskan kekecohan apabila bertindak merampas mikrofon peserta program realiti ‘I Can See Your Voice Malaysia’, penyanyi Haqiem Rusli menjelaskan tindakannya itu sekadar untuk memeriahkan program tersebut dan bukan sengaja mencetuskan kontroversi.

Tidak sangka tindakannya itu disalahertikan hingga membangkitkan kemarahan ramai, Haqiem memberitahu dia mengambil pendekatan positif untuk tidak menghiraukan lagi kecaman netizen.

BACA: “Walaupun Suara Saya Sumbang, Jangan Rampas Mic”

“Saya sudah tak kisah dan lali dengan kecaman kerana pernah dihentam lebih teruk sebelum ini. Lebih baik saya berfikiran positif, selagi ia tidak mengganggu perjalanan karier saya,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Haqiem juga meluahkan rasa hairan mengapa ramai mengecamnya di media sosial, namum apabila dia membuat persembahan ramai yang bersorak dan menyokongnya.

“Cuma saya pelik, kecaman sering diberikan di laman sosial. Tetapi apabila saya membuat persembahan, ramai yang bersorak dan memenuhi pentas.

“Saya ternanti-nanti saat mereka yang membenci datang dan meluahkan apa yang terbuku di hati. Saya juga ingin tahu mengapa mereka begitu membenci hingga saya selalu dihentam di laman sosial,” katanya.