fbpx

Pernah Diekori Lelaki Hingga Ke Rumah Punca Bekas Isteri PU Abu Berniqab

Ramai yang bertanyakan bagaimana dia istiqamah dalam menjaga aurat dan memakai bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Ain Afini berkongsikan pengalaman dia mula berniqab seawal usia 18 tahun.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ain berkata punca dia pada mulanya untuk melindungi dirinya dari diekori seorang lelaki hingga balik ke rumah. Ujarnya, dia memakai niqab untuk keselamatan dan akhirnya menjadi kebiasaan.

BACA: PU Abu Enggan Komen Dakwaan Rujuk Dengan Isteri Pertama

“Banyak sangat Ain terima DM (mesej peribadi) soalan macam ni, macam mana nak istiqomah. Macam mana nak kekal jaga aurat, macam mana nak pakai purdah tapi keluarga tak bagi? Ain kongsi pengalaman Ain ya.

“Gambar ni masa tahun 2014. Masa tu baru umur 18 tahun. Punca terdetik nak pakai niqab sebab selalu sangat keluar sorang pergi sana sini dan pernah kena ikut dengan lelaki sampai lah pintu belakang rumah.

“Jadi nak dipendekkan cerita untuk keselamatan masa tu Ain pakai niqab. Kalau balik rumah dari UIA pun naik keretapi then naik bas. Jadi rasa selamat lah sikit.

“Tapi lama- lama dah jadi kebiasaan sebab bila pakai niqab ni rasa bersalahnya nak buat benda bukan-bukan. Bila kita cuba usaha nak jadi baik ni, memang kena paksa. Paksa sampai betul-betul jadi ikhlas,” katanya.

Dalam posting berkenaan, Ain turut memuat naik gambarnya mula memakai niqab pada tahun 2014. Dalam pada itu, Ain berkata untuk berubah perlu perlahan-lahan dan lakukan yang wajib terlebih dahulu.

“Nak berubah tak perlu pun terus pakai niqab, perlahan-lahan jaga mana yang wajib dulu lagi bagus. Kalau parents tak bagi pakai tak perlu lah pakai sebab mana satu yang wajib? Kita jaga solat, perlahan-lahan longgarkan pakaian, jaga aurat lengan, pakai stokin.

“Tak apa semua ambil masa asalkan kita usaha. Minta Allah tetapkan hati kita untuk sentiasa dijalanNya sebab hati ni sifatnya berbolak-balik. Allah baik Allah bantu,” katanya.