fbpx

“Perlu Minta Izin Keluarga Jika Mahu Anak Berlakon”

Sekarang mewujudkan akaun Instagram buat anak menjadi suatu keperluan buat selebriti. Namun lain pula dengan Che Puan Juliana Evans yang berpendapat dirinya lebih selesa berkongsi perkembangan anak di Instagramnya saja.

BACA: Tengku Kamiliah Zanariah Josephine, Nama Anak Juliana Evans

“Kalau artis lain mungkin ada alasan tersendiri mengapa mereka mewujudkan akaun untuk anak tapi saya pula lebih suka jika berkongsi hal anak di Instagram saya sendiri. Tambahan pula saya perlu mengendalikan tiga akaun untuk kegunaan peribadi dan perniagaan”

Baru saja menimang cahaya mata pertama Julai lalu, Juliana mengakui teringin untuk memberi pendedahan kepada anaknya menceburi bidang hiburan, bermula sejak kecil seperti dirinya dulu namun harus berbincang dengan keluarga dahulu.

“Jadi rasanya tak perlulah untuk anak, pakai saja akaun saya sendiri. Suami pun okey saja dan tiada paksaan tentang hal itu. Kalau boleh saya memang nak dedahkan anak dalam bidang ini, bermula dari kecil buat iklan macam saya dulu”

“Tapi saya dengan suami belum bincang lagi mengenai perkara ini dan kami perlu mendapatkan kebenaran keluarga terlebih dahulu,” jelasnya kepada m Star Online mengenai anaknya menceburi bidang hiburan. (rtky/w)