fbpx

Perkahwinan Serina Chef Wan Bakal Bersiaran di Asian Food Channel

Editor: In your face Siti Nurhaliza. Your live wedding on national TV was nothing compared to this. Read on!

Majlis perkahwinan anak perempuan selebriti chef terkenal, Chef Wan nampaknya bukan biasa-biasa.

Majlis yang turut mengandungi 6 majlis berasingan ini akan di’siarkan di Asian Food Channel (AFC) selama satu jam.

Rakaman majlis perkahwinan ini juga akan di’jual kepada mana-mana stesyen TV seluruh dunia yang berminat dalam usaha mempromosikan Malaysia & budaya perkahwinan Melayu.

Serina Chef Wan bakal berkahwin dengan jejaka berbangsa Inggeris Salahudin Ghaffar, 33 awal Januari 2010.

Kita nantikan sahaja detik gemilang perkahwinan anak Chef Wan yang bakal di’tonton oleh seluruh peminat makanan di Asia.

Mana tahu, Oprah mahu beli hak siaran perkahwinan ini buat memenuhkan slot rancangan beliau nanti.