fbpx

Pergi Umrah Diam Diam, Awie Risau Digelar Riak

Mengakui sebelum ini identitinya seringkali terpalit dengan kisah dan imej kurang baik, Awie sebenarnya dalam diam-diam sudah pun menunaikan umrah baru-baru ini. Malah pemergiannya ke Tanah Suci Mekah itu juga dalam masa yang sama merupakan hadiah hari lahirnya yang ke 50 – yang paling bermakna.

BACA: HKL Kaut Hampir RM40 Juta, Bonus Awie Tak Seberapa

Awie mengambil pendekatan untuk tidak menghebahkan pemergiannya itu kerana tidak mahu menimbulkan salah faham di antara peminat selain bimbang kisahnya berbuat baik menjadi bahan ketawa seterusnya menjerumus kepada dosa pula.

“Saya sebenarnya keberatan nak berkongsi pengalaman mengerjakan umrah baru-baru ini kerana takut nanti dikata riak. Maklumlah… saya dicop jahat dan apabila bercerita hal baik, nanti orang gelak dan datangkan dosa kepada mereka”

“Apapun saya mengakui berada di Makkah satu pengalaman indah. Bersyukur akhirnya saya dapat merasa apa yang orang lain pernah rasa. Walaupun ini bukan haji, tapi apabila sampai di sana saya terus niat dan berdoa untuk dapatkan haji selepas ini,” katanya kepada Harian Metro.

Selain itu, melalui kenyataan Awie kepada Astro Gempak, dia pertama kali botak dan disebabkan perkara tersebut, dia enggan melihat dirinya sendiri dii cermin lebih dari satu hari.

“Sayalah yang paling terkejut! Ketika proses mencukur kepala, saya pejamkan mata dan berzikir. Saya tak nak tengok! Sebabnya daripada lahir sampai umur 50 tahun saya tak pernah botak!

“Apabila sudah habis, saya angkat plastik dan tutup muka sendiri, saya tak nak tengok cermin. Sehari setengah jugalah saya tak nak tengok muka sendiri dan tak masuk bilik air”

“Belakang kepala pun rasa ringan je. Apabila nak mandi untuk solat Subuh keesokannya barulah saya buka perlahan-lahan. Sekali tengok muka macam bola!” kongsinya.

Begitulah cerita sedikit sebanyak mengenai mengenai Awie yang pertama kali menunaikan umrah. Pastinya pengalaman tersebut adalah sangat berharga dan apabila tiba masanya nanti, pasti perasaan rindu datang memanggil itu kembali semula ke Tanah Suci. (rtky/s)