fbpx

“Perempuan Sekarang Ramai Yang Suka Laki Orang”

Baru-baru ini pelakon Fauzi Nawawi ada berkongsikan gambar di akaun Instagram bersama isterinya, pelakon Lisdawati. Gambar tersebut memaparkan momen romantis mereka dimana isterinya dilihat sedang merenung wajahnya.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen gambar tersebut dimana Fauzi mempersoalkan tindakan isterinya yang seolah-olah tidak puas untuk menatap dirinya sepanjang 13 tahun hidup bersama.

BACA: 9 Hari Hilang, Anak Saudara Fauzi Nawawi Masih Belum Ditemui

Di ruangan komen, gurauan Fauzi itu disambut oleh Lisdawati yang membalas tiada salahnya untuk dirinya sebagai isteri untuk berbuat demikian.

Lisdawati turut bergurau sebelum perempuan lain tenung, lebih baik dia sebagai isteri yang merenung suaminya. Lisdawati turut menasihati orang ramai supaya tidak melihat mata suaminya apabila berbicara.

Komen Lisdawati itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataan pelakon itu serta mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata. Menerusi perkahwinan terdahulu, Fauzi turut mempunyai empat lagi orang anak lain.