fbpx

9 Hari Hilang, Anak Saudara Fauzi Nawawi Masih Belum Ditemui

Semalam, menerusi Intagram pelakon Fauzi Nawawi memohon bantuan orang ramai membantu untuk mengesan anak saudaranya yang dilaporkan hilang. Sudah sembilan hari hilang, Fauzi berkata anak saudaranya, Siti Najiha berusia 22 tahun masih belum ditemui.

Menceritakan bagaimana gadis tersebut hilang dari kediamanan kakaknya di Pantai Remis, Perak, Fauzi berkata ada perkara mencurigakan berlaku. Sehari sebelum hilang, jiran terlihat dua motor ditunggang dua lelaki tidak dikenali datang bertemu Najiha.

BACA: Fauzi Nawawi Mahu Menantu Pandai Mengaji Al-Quran

“Sehari sebelum anak saudara saya hilang, ada jiran nampak dua motor yang ditunggang dua lelaki yang tidak dikenali datang berjumpa dengannya,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian kakaknya tiada dirumah dan tidak mengetahui apa yang berlaku terhadap anak gadisnya itu. Malah, Najiha juga dikatakan hilang tanpa membawa apa-apa termasuk wang ringgit Cuma kad pengenalannya sahaja dibawa bersama.

https://www.instagram.com/p/CBhBVHpn4XT/?utm_source=ig_embed

“Pada hari dia hilang pula, ibu saya yang tinggal bersama mereka terkejut apabila melihat pintu belakang terbuka luas dan mendapati anak saudara saya itu hilang,” katanya.

Suami kepada Lisdawati itu berkata, dia berharap agar anak saudaranya segera ditemui kerana seluruh ahli keluarga mereka amat bimbang dengan keadaannya yang merupakan seorang anak Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Kami terutama ibunya amat bimbang dengan anaknya lebih-lebih lagi seorang OKU dan anak remaja kerana sebelum ini dia tidak pernah keluar rumah bersendirian tanpa ibu bapa bersama.

“Kami pun sudah membuat laporan polis, cuma sekarang kita sedang mendapat pertolongan syarikat telekomunikasi untuk kesan siapa yang dihubungi dan di mana,” katanya.

Dalam pada itu, hasil siasatan mendapati, telefon milik Najiha juga dimatikan sekitar kawasan Hilir Perak iaitu lebih 40 kilometer dari rumahnya yang terletak di Pantai Remis.