“Perempuan Kena Cari Duit Sendiri, Jangan Bergantung Harap Pada Lelaki” – Che Ta
Pelakon Rozita Che Wan menitipkan pesanan buat wanita diluar sana untuk bekerja serta mencari pendapatan sendiri supaya masa depan lebih terjamin.
Memetik Utusan Online, Che Ta berkata wanita perlu lebih bersedia jika berlaku sesuatu dalam rumah tangga serta bertindak angkat kaki jika suami kaki pukul.
BACA: “Sekali Lelaki Angkat Tangan, Perempuan Angkat Kaki” – Che Ta
“Ini termasuklah bila wanita itu terjebak dengan situasi keganasan rumah tangga dan mempunyai suami jenis kaki pukul. Orang perempuan jangan jadi bodoh. Sekali lelaki naik tangan, kita angkat kaki keluar dari situasi toksik begitu.
“Buat laporan polis dan pemeriksaan di hospital, itu antaranya. Tetapi, paling penting, apa pun yang terjadi, orang perempuan kena ada kerja, cari duit sendiri dan jangan bergantung harap pada lelaki,”katanya.
Dalam pada itu, Che Ta tidak bersetuju jika wanita memaafkan serta memberi peluang kedua buat lelaki yang melakukan kekasaran.
“Tak usahlah percaya jika dia pujuk cakap minta maaf dan tidak akan buat lagi. Itu semua bohong. Kena ingat, awak kahwin dengan orang sama, bila dia dah berlaku kasar, dia tidak akan berubah.
“Sedangkan kita pun tidak berubah, jangan harap dia pun akan berubah. Jangan bagi peluang kedua kepadanya kerana dia masih orang yang sama tidak akan berubah,” katanya.
- SUMBER
- Utusan Online
Ya betul. Jagan jadi mcm si minah rempit.menunggu duit jatuh ke riba.
Ye setuju dan tk setuju .
Setuju rezeki Allah tu luas alhamdullilah kt org yg Allah permudahkan urusan dia org. Ramai wanita tanpa suami berjaya sekarang dgn izin Allah…
Tk setuju sbb Ramai juga perempuan yg jadi pelacur,gro dsb dgn alasan cari nafkah..
La hawla wala quwwata illa billahil aliyil azim
Semua yg berlaku dgn kehendak dan izin Allah..
So jgan la menunggu wang jatuh dari langit.igat mesin ATM bila2 masa boleh habis ..kan Ira lemau kan…