“Sekali Lelaki Angkat Tangan, Perempuan Angkat Kaki” – Che Ta
Selebriti popular, Rozita Che Wan menitipkan pesanan buat wanita diluar sana supaya berani buat keputusan apabila berdepan masalah rumah tangga.
Memetik Kosmo, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berharap wanita yang kurang bernasib baik dalam perkahwinan perlu bijak untuk membuat keputusan.
BACA: “Jangan Salahkan Penyondol Saja, Suami Pun Sama” – Che Ta
“Perempuan jangan jadi bodoh. Walaupun lelaki beli beras, belum tentu dia akan beli lauk yang lagi mahal. Sekali lelaki angkat tangan, perempuan harus angkat kaki tetapi bukan terajang.
“Keluar dari rumah, buat laporan polis dan pergi ke hospital kerana hukuman akan jatuh kepada lelaki,” katanya.
Che ta berkata dia juga tidak bersetuju jika wanita memaafkan serta memberi peluang selepas disakiti oleh lelaki kerana individu itu tidak akan berubah.
“Kalau dia pujuk cakap minta maaf dan tidak akan buat lagi, tidak! Awak kahwin dengan orang sama dan dia tidak akan berubah.
“Sedangkan kita pun tidak berubah, jangan harap dia pun akan berubah. Jangan bagi peluang kedua kepadanya kerana dia masih orang yang sama tidak akan berubah,” katanya.
Dalam pada itu, Che Ta berkata isteri perlu mementingkan penjagaan rapi suami memadangkan ia kaedah terbaik untuk memikat lelaki.
“Hidup kita dan apa yang kita lakukan ‘there is no warranty’ (tiada jaminan). Jadi, perkahwinan, kebahagiaan dan kecantikan pada hari ini belum tentu akan kekal.
“Lelaki mungkin tertarik dengan kecantikan kita tetapi dia akan bertahan dengan kebaikan. Macam mana kita jaga makan minumnya, insya-Allah rasa sayang tidak akan pudar,” katanya.
Betol tu. Tgk shuhada pun jenis selekeh, jenis malas bersiap .hafiz pun jadi selekeh lepas kahwin. Pudarlah cinta kalau dpt jenis bini yg mcm ni.
Suami yg baik untuk perempuan yg baik.
Zaman skrg ni bersepah je beras bini yg beli. Klu kaki tu yg byr kat kedai pun, tapi duit beli beras tu bini yg bagi pun ada. Bini kirim je. So, ayt beras kita beli tu tak semua boleh pakai.
Itu yg ko tgk jenis selekeh…Ade yg cantik.bini melaram bagai nk rak pon..kene tggl jugak apedehal …selagi wujud lelaki2 yg acah2 nk ikot sunnah nabi nk berbini 2 pdhl ko pon dosa melambak..abaikan bini n buat maksiat ..(ni klu laki tu mmg kesalahan Dari diri sndri laa..bukan yg kene sihir..nasi kangkang ke yee)… selagi wujud pempuan2 kaki rembat laki org(I merujuk pada pempuan2 yg nak jadi third wheel yg jahat ambik laki org pastu nk laki tu jadi milik die sorg je pulak padahal ko kebas laki org n ko hasut die supaya tinggalkan bini n ank2 die)…..n ditambah tambah ahli keluarga penyondol2 yg acah2 nk support jugak yg rembat laki org..x nak nasihat yg baik2..selagi tu la kes2 bini pertama jadi mangsa rumahtanggadan tertindas akn berleluasa….jgn asik nk jadikan jodoh sbg alasan.matlanat x halakan cara.Allah bagi akal utk fikir buat baik or buruk.takdir tu just alasan utk manusia truskan buat jahat…lainla klu akal ko da x btol…da sewel..yela kot ko x bole fikir..