“Perempuan Bila Bekerjaya, Dah Banyak Duit, Dia Berlagak”
Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila kembali tular video memaparkan pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor memberikan pendapatnya mengapa perempuan tidak boleh bekerja.
Difahamkan, video podcast Hitam Putih itu dimuat naik pada Ogos lalu namun tular semula di aplikasi TikTok.
BACA: Rosyam Nor Anjur Pertandingan Azan, Tawar Hadiah RM110,000
@suhanmovies SEBAB perempuan TAK BOLEH kerja EP 12 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN] – PART 1 Jangan lupa saksikan podcast HITAM PUTIH KEHIDUPAN. Macam-macam topik borak santai bersama @iamrosyam dan Datin Seri Adzliana @Usanita.hq di platform Youtube Suhan Channel dan Usanita. #hitamputih #podcasthitamputih #hitamputihkehidupan #suhanchannel #suhanmovies #usanita #perempuan #kerja #fyp #viral #trending
Menerusi video itu, Rosyam berkata kebanyakan wanita yang mempunyai kerjaya hebat dan duit akan mula memiliki sifat angkuh.
Katanya lagi, ada segelintir isteri yang bekerjaya mula meninggikan suara serta mengadu penat dan mengeluh untuk membuat kerja rumah.
“Perempuan ni bila dah bekerjaya, dah ada duit banyak dia berlagak. Walaupun dia isteri. Perempuan ni bila dah ada duit dia ego,” katanya.
Bagaimanapun, kenyataan itu ditepis oleh Datin Seri Adzliana daripada Usanita yang berkata dalam perkahwinan perlulah ada give and take.
Namun, Adzliana mengakui setuju bahawa ada wanita bekerjaya berperangai seperti apa yang diperkatakan oleh Rosyam.
Sementara itu, diruangan komen rata-rata wanita bersetuju dengan pendapat Rosyam itu dan ada yang kurang bersetuju kerana dalam rumah tangga haruslah saling ‘give and take’.
Kalau dah jantan melayu semua pemalas duduk rumah slow grower balik kerja main game lipat baju pun bini yg kerja kena struggle, ko rasa?????????? Isteri tu tak perlu explore life lah? Lelaki yg slow grower mmg layak kena tinggal dgn perempuan energetic. Life is too short to settle for less. Thats it.
Jantan pemalas x sesuai utk dibuat suami.. kalau x mau keje dan jdik biawak hidup, kau x payah kawin.hidup la kau sorang2. Kau harap nk cari bini bekerjaya utk sara makan minum kau. Kau boleh blahh…
Sorry to say, ini pemikiran kolot. Zaman rasulullah saw pon ada wanita (khadijah cthnya) yg bekerja
Ada tak anak perempuan dia yg bekerja? Teringin nak tahu.
Bodo booo cakap cam zaman tok kadok kalau perempuan busuk hati sebab kerja sebab ko orang tak reti jaga bini bini 5 boleh macam Syamsul dengan Nd lala Rahim plug sama go f y self.
Mungkin netizen boleh doa untuk anak perempuan die yer suruh die jangan sibuk boleh kena anak sendiri
Ayat nko sama dengan laki aku bang! Sbb tu lpas kawin dia tk izinkn aku keja! Waima niat aku nk Kuang kn beban dia,dn org tua aku
Saya bekerja sepenuh masa dan gaji RM12 000 sebulan..suami kerja RM 27 000 sebulan…tapi kerja rumah kebanyakan saya yg lakukan…kami ada 3 anak.. kadang2 tu suami tolong…tapi selalunya mcm suami yg berlagak sebab gajinya lebih..hmpfff…
Aikkk. Perempuan yg bekerjaya dan ada duit tu jugak lah yg akan support & tolong lelaki dlm urusan/kewangan keluarga. sorry to say, zaman sekarang nak cari lelaki yg bergaji besar atas 3k mmg susah. Hidup lah kau dalam golongan b40 kalau isteri bekerjaya tu tak bantu dari segi kewangan.
Tak semestinya pompuan bekerjaya je yg berlagak…
Yg keje jual mknn tepi jln pun ada yg belagak okay…
Ini Komen berdasarkan pglmn aku sendiri.
Dihina cuma mkn duit laki je
Dihina mertua tak dak duit sendiri, habiskan duit anak dia je pandai
Dipandang rendah cuma duduk rumah jadi bibik tak bergaji
Disalah sangka tak kerja sbb bodoh, tak layak mintak apa2 jwtn( org pikir SPM pun tak dak tu psl tak keje, tak lyk mohon apa2 jwtn)
Bagi yg bujang plak, klu tak keje diperlekeh dah tua bangka still susahkan mak bapak,
Dituduh & difitnah dibela dek jantan kaya @sugar baby demi duit mudah…that’s why tak keje..
Semua ats ni boleh terjadi klu ko pompuan tak keje pada zmn sekarang. Ko phm tak Rosham nor oiii??
Yg penting fahaman agama dan saling hormat….so walaupun saya bekerja dan punya wang sendiri, suami saya cakap dia yg bayar bill rumah…jadi suruh saya buat kerja rumah…dan selalu perlekehkan saya seolah2 saya ni berhutang budi dgn nya…seolah2 saya tak contribute langsung..dgn org luar bukan main cakap baik..dgn isteri jarang sekali
Lulu,
nabi Muhammad s.a.w dulu pun buat kerja rumah okay. Baginda bantu bini okay. Cuma ajaran melayu zmn tok kaduk yg kata kerja rumah ni pompuan je yg kena buat. Laki jgn buat sampai skrg dah nak 2024 pun ada lagi ajrn melayu tok kaduk tu. Tulah ummah meleis, bila bab kawin byk je pandai bersunnah bagai, bila bab nabi rajin ibadah sampai bengkak kaki, nabi rajin tlg bini buat kerja rumah sorang pun tak nak ikut.
Nak tanya: Islam kata tanggungjawab mengemas rumah, memasak semua tanggungjawab suami atau isteri? Dalami agama dulu la bro.
Rosyam, pastikan anak perempuan awak tak berkerja ya. Kang anak perempuan tak tanggung ko bila ko tua, ko jangan komplen, ko play je balik video ni
anak dia aniskiss tu bekerja jugak. dah kahwin, ada anak. adakah tu bermakna anak dia angkuh?
Betul cakap pompuan tu, mesti ada beri dan ambil. Kalu isteri beri, ambil saje lah. Jantan pulak, bila berjaya dlm kerjayanya mulalah merasa hebat, rasa pompuan muda dan cantik boleh dpt punya walaupun muka sengkek. Level berani mengorat pun melambung tinggi berbanding masa poyo dulu tengok pompuan cantik pun terketar-tekar X konpiden dgn diri sendiri. Sebab itu retis kalu nak teman berduit, jantan yg berjaya dlm kerjaya ( tp sudah beristeri ) mudah sangat nak dapat.
Contohnya dah ader, sprt Kak Kemut..
same je dgn jantan2 melayu yg kaya instant sbb main forex jadi founder product. bini yg sudah senang bersama dia lupa dah. sibuk nak tambah no 2, 3, 4 alasan sebab mampu kan. bila isteri tak terima poligami dia dengan berlagak ckp dia mampu la nak pasang 4 pun. kalau jantan2 melayu yang miskin pulak kejar janda kaya yg rela sara biawak hidup