Umum mengetahui, kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila mengesahkan sudah pun bercerai talak satu dengan Engku Emran di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Menerusi perkongsian di Insta Story, Emran dilihat ada memuat naik mesej bersama kenalan rapatnya dikenali sebagai Ustaz Rosli dan Kekanda Uchop.
BACA: “Saya Tak Keluar Cari Mereka Atau Rancang Kahwini Mereka” – Engku Emran
Emran meluahkan rasa kesal susulan fitnah bertebaran mengenai perceraiannya kali ketiga itu yang disifatkan banyak menguji kesabarannya.
“Fitnah-fitnah yang bertebaran tentang penceraian kali ketiga ini betul-betul menguji kesabaran saya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Emran turut melauhkan rasa kasihan terhadap bapa serta anak perempuannya, Engku Aleesya yang terpaksa berdepan dengan kontroversi perceraiannya itu.
“Tapi itulah saya bukan Nabi. Saya kesian pada ayah dan anak saya terpaksa mengadap cerita-cerita sampah macam ni.
“Saya sendiri boleh telan semua tu tapi kesian la keluarga dan sahabat-sahabat mereka pun mungkin terasa malu juga,” tulisnya.
Sementara itu, melihat pada paparan mesej berkenaan Emran dinasihati oleh rakannya itu agar banyak melibatkan diri dengan agama seperti membaca Al-Quran, menunaikan solat sunat, berzikir, berdoa, serta taalim.