Umum mengetahui, kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila mengesahkan sudah pun bercerai talak satu dengan Engku Emran di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Semalam, perkongsian Engku Emran di Instagram menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa berbesar hati dipertemukan dengan tiga wanita yang pernah bergelar isterinya.
BACA: Engku Emran, Noor Nabila Cerai Talak Satu
Menurut Emran, dia juga sering bertanyakan kepada Allah mengapa dia dipertemukan dengan tiga wanita yang hebat dan setiap daripada mereka membawa makna dalam kehidupannya.
View this post on Instagram
“Saya tak pernah keluar mencari mereka atau merancang untuk mengahwini mereka, namun mereka hadir ke dalam hidup saya dalam proses kerja dan jatuh cinta.
“Seorang daripada mereka (Erra) berikan seorang cahaya mata. Seorang lagi (Bella) perkenalkan saya kepada orang-orang hebat di Indonesia dan menunaikan haji bersama saya.
“Dan seorang lagi (Nabila), menjadikan saya anak yang lebih baik untuk Mummy. Jadi, itu semua takdir pertemuan kami,” tulisnya.
Sementara itu, Emran berkata dia menerima banyak mesej daripada orang luar dan rakan-rakan serta memaklumkan dia dalam keadaan baik begitu juga anaknya, Aleesya.
“Saya terima banyak mesej daripada orang luar, kawan-kawan, rakan sekerja dan keluarga yang bertanyakan sama ada saya okay.
“Saya tahu anda semua risaukan keadaan saya mengenai ‘sampah-sampah’ yang bertebaran di alam siber. Saya tahu, ia kadang kala tak dapat dielakkan kerana cerita-cerita ini muncul tanpa anda cari. Apapun, saya ingin maklumkan bahawa saya okay dan begitu juga Aleesya,” tulisnya.